Sep 7, 2009 By: Nafsah Dulajis

Tangga-tangga ke syurga



“Dia solatlah…,”

“Bukan. Dia tengah sembahyang.”

“Solat!”

“Sembahyang!”

Kedengaran dua orang rakan sebilik itu bertengkar. Selesai bersolat, saya tersengih-sengih bertemu teman sebilik. Entah apa yang digaduhkan mereka.

“Kamu solat tadi kan?” tanya anak bangsa Bidayuh itu kepada saya.

“Sembahyanglah…,” bantah anak Cina itu pula. Saya mengerutkan kening. Apa bezanya pula?

“Solat itu waktu subuh. Yang lain dipanggil sembahyang.’”

Saya tergelak. Itu rupanya punca perbalahan. Istilah sahaja…

Jangan main-main dengan istilah. Hari ini kerana istilah satu negara boleh kecoh. Betapa hakikat dan asas satu-satu perkara itu tidak memadai untuk mengimbal balik kepentingan lafaz dan ibaratnya. Apatahlagi kalau istilah itu melibatkan kepentingan perkumpulan-perkumpulan tertentu. Maunya tidak berbalah.

Parah…


Katanya ayahnya memilih Roman Catholic. Emaknya entah aliran apa pula. Cerita lama yang hampir saya terlupa.

Sedang dia memilih untuk tidak begitu terikat pada mana-mana. Bebas ke sini-sana. Macam burung…..

Bolehlah dikategorikan sebagai orang yang ‘tidak alim’ dalam agamanya. Dalam alim tidak alim itu, majlis anjuran ‘kelab keagamaannya’ sentiasa dihadiri. Alim atau tidak, berpotensi atau tidak, berpangkat atau tidak, genius atau tidak, itu belakang kira.

Programnya santai, dan yang paling penting; mereka bersatu!

Seandainya saja kita orang Islam ‘memilih bulu’ dalam menyampaikan ayat Allah, maka kita secara tidak langsung menunjukkan unsur-unsur diskriminasi yang sesungguhnya tidak wujud dalam Islam itu sendiri.

Jangan dikhabarkan pada saya bahawa mereka itu lebih faham apa bezanya antara si buta yang mahu mendalami agama dengan bangsawan yang sekadar sambil lewa itu.

Siapakah yang lebih mengetahui keikhlasan dan kesungguhan seorang hamba di sisi Allah?

Jangan ada konsep double standard dalam berdakwah. Unsur memilih kerjaya itu lebih patut dijauhkan, sama ceritanya pada kisah si buta dan si kaya. Memilih-milih manusia berdasarkan perbezaan zahirnya di sisi manusia, aduh! Judging a book by it’s cover.

Mengeruhkan tetapi itulah kenyataan…

Senyum sahaja. Semua itu mendewasakan.

“Mujur saja kita ini Islam. Tidak terfikir untuk berbuat benda-benda gila seperti membunuh diri ketika stress,” ulas si kakak ketika membincangkan perihal ummah.

“Walaupun sekadar Islam baka…,” saya menyambung diakhiri dengan keluhan. Kerana Islam warisan itulah sesetengah penganutnya malu berzina, malu minum arak dan perkara yang tidak begitu biasa kelihatannya pada adat. Kerana terbiasa begitu, walaupun sekadar warisan; tetapi nyata ia menyelamatkan.

Sungguhlah Islam itu nikmat yang teragung lagi layak disyukuri. Rahmat ke seluruh alam yang menjadi tangga-tangga ke syurga Allah.

Maka janganlah rahmat itu dipilih-pilih untuk diagih-agihkan kepada kelompok tertentu sahaja. Cermatilah peristiwa si buta dan bangsawan itu.




3 comments:

NUR LAILATUL LAILE ADAWIYAH said...

hai nafsa,,

apa kabar ? mcm mana raya ni balik kah ?

nuyui said...

erm.. sy setuju sgt2.. x boleh memilih bulu dlm berdakwah.. sbb mana2 golongan sama shj..smuanye memerlukan bimbingan.. antara sedar ataupun tidak shj..

shahadah said...

salam ukhwah ukhty. benar katamu..kdg2 seakan pelik bila sesama jemaah pn masih mahu gaduh2 dan saling tuduh menuduh. moganya, kita sentiasa sedar untuk selalu mencari persamaan, dari perbezaan. cerita yg bagus..ramadhan kareem (^_^)