Nov 12, 2009 By: Nafsah Dulajis

Pyrexia



Nama lain bagi demam.

Minggu ini kami demam secara berjemaah. Entah kenapa, tiba-tiba jatuh sakit beramai-ramai. Musim demam sudah tiba barangkali.

Mungkin juga sebab pertukaran cuaca secara mengejut, sebabnya cuaca di Malaysia sangat panas tempoh hari. Masa dalam flight pun sudah rasa lain macam.

Bangun pagi, badan sudah tidak sedap. Tup-tup tengahari, badan panas pulak.

Ambik clinical thermometer. Sukat suhu badan sendiri.

39.1 degree Celsius.

Suhu tinggi sangat. Risau jugak. 39.1 itu bukan angka yang boleh dibuat main. Lebih-lebih lagi kalau dikaitkan dengan perkataan influenza dalam fatrah sebegini. Riuh satu kampung.

Dua kali ‘tembak’, baru kebah demam itu. Adalah satu perasaan yang sangat membencikan apabila terpaksa menelan makhluk-makhluk kecil berwarna-warni itu. Mengalah dengan Encik Paracetamol dan anti-pyretic drugs yang sedikitpun tidak sedap itu.

Ubatlah…

Pergi klinik dan makan ubat adalah antara perkara terakhir yang menjadi pilihan saya sewaktu sakit. Seriously saya sendiri pun tidak faham kenapa jadi begitu.

“Nama saja doktor. Kesihatan sendiri nda mahu jaga,” leter mak. Besar macam mana pun, mak itu adalah ‘doktor’ tetap bagi semua orang. Ingat itu…

“Alah doktor pun manusia biasa jugak. Pandai jatuh sakit…”


Pergi klinik, jam 7.30 malam. Sejuk sampai kena pakai glove. Ini semua si hypothalamus punya pasal, pandai-pandai resetting orang punya setpoint.

Sampai-sampai, ramai orang. Walaupun tidak reserve awal-awal, tapi klinik tu Dr. Amal punya kawan yang handle. Ingatkan boleh balik awal.

Jam 10.30. Your turn!

Aduh, macam mau nangis ja masa ammu tu maklumkan jam 10.30. 3 jam lagi? Sudahlah kita mau rebah macam ni, dia suruh kita tunggu lagi? Buat muka kesian pun, nda kena kesian jugak. Isk, isk. Terpaksa pulang rumah dulu.

Nda pa, nda pa. Ammu tu kan mau buat kerja dia. Biarlah dia buat kerja dia dulu. Hurm…

Penyakit ke atas tubuh manusia itu ada 3 punca utama semuanya. Kaedah rawatan akan jadi berbeza mengikut punca penyakit itu sendiri.

Kadang-kadang manusia cenderung mengubati yang di luar tapi lupa mengubati yang di dalam. Kadang-kadang manusia bersungguh mengubat apa yang kelihatan tetapi lupa mengubati apa yang tidak kelihatan.

Sendiripun masih belum larat mengubati semua itu. Nantilah, satu hari yang damai.

Sakit-sakit begini, memang bagus. Allah bagi cuti free, rehat-rehat dan muhasabah diri.

Kerja kalau terlampau stress, jantung akan jadi mangsa.

Makan kalau tidak jaga, satu badan akan kena.

Tidur pun sama.

Lifestyle as the whole, bukan senang mahu dijaga. Last-last, malas mahu jaga. Biar sajalah…

Menakutkan, terpaksa sembuh cepat-cepat ^_^


Untuk dua orang sahabat yang accident tempoh hari, semoga cepat sembuh dan boleh ke kuliah seperti biasa.

For my dearest housemates, thank you very much sebab sudi jadi nurses dan masak sedap-sedap dua tiga hari ini. That’s what friends are for

For the rest yang masih demam itu, cepat-cepat sembuh. Ada exam 25haribulan ni, kepala yang kosong mesti diisi. Walaupun not in the mood, tapi exam tidak pernah ada istilah excuses!

All the best!

P/S: Kanser dijangka akan menjadi pembunuh nombor satu dalam masa beberapa tahun akan datang. Mana-mana doktor yang mahu buat duit, silalah memilih untuk menjadi oncologist. Terima kasih.


5 comments:

Ena_Smiley said...

Sakit itu kekadang baik.
Sakit tu suruh kita rehat,suruh kita relax,dan al muhim sakit juga suruh kita muhasabah..

SYAFAA KILLAH YA HABIBTI ^_^

AFiFi said...

SAkit eh cik Nafisah... Ok sudah? Semoga Cik nafisah kita ni disembuhkan cepat.. Ameenn... :-)

25 exam eh.. Buat bebaik k..

Salam dari SimferopoL..

Chow...

AFiFi said...

Btw cik nafisah... Buang sudah eh ShoutBox?? Huhu.......... just want to tell u that i enjoy ur Blog NasyidbackGround.. Sedap.. :-)

pojie:avenseena said...

pyrexia juga.wawaawa =(

ni mesti tiup pg sini ni....heheh
syafakillah~

posting yg,applicable.lol :)

Anonymous said...

slm ..moga2..antunna smua dpt cri solusi..tuk penyakit kanser..beberapa thn akan dtg..

all the best..