Musim sejuk.
Azan Subuh pagi Ahad berkumandang mendayu-dayu. Ada sesuatu berbisik di hati, yang mendatangkan keyakinan pada diri.
Menghadapi breakfast yang simple, susu dan madu menjadi pilihan. Selesai menguruskan visa yang sudah luput semalam, hari ini sepatutnya ada medical check-up. Hendak memeriksa chronic condition yang sedang menjalar di dada ini. Entah apa saja diagnosisnya. Hajat itu ditangguhkan dahulu, kerana hari ini kami akan masuk ke kampung Sheba untuk subjek Community Medicine. Menyoal siasat makhluk-makhluk di sana. Rupanya tahun empat ini ada subjek yang melibatkan kira-kira. Serupa Modern Math lagaknya.
Buat muka masam. Kalkulator saintifik sudah saya hantar ke Malaysia. Beli yang lainlah pula…
Alhamdulillah.
Melangkah ke tahun empat, memasuki separuh masa kedua. Sepatutnya soalan seumpama kenapa aku memilih jalan ini terngiang-ngiang di telinga.
Setiap pagi, setiap hari.
Tiba-tiba teringat pada Kak Long. Menamatkan business management, dia kemudiannya bekerja di sebuah bank. Entah bekerja untuk berapa lama, akhirnya dia berhenti; give up. Saya tahu, bebanan kerjanya itu boleh tahan.
Saya membuat refleksi diri. Adakah pada masa akan datang saya juga memilih keputusan yang lebih kurang? Menoleh ke belakang, ke pangkal jalan sebelum saya memilih jalan ini tidak lama dahulu? Memilih kepenatan dan kesibukan untuk hidup yang sebentar cuma ini?
Tetapi, saya mempersoalkan diri.
Sampai bila kita harus terus memilih?
Memang kita berhak memilih, tetapi sampai bila?
Pernahkah kita menghayati apa itu redha, dan apa itu syukur?
Yakinlah bahawa apa yang ditetapkan Allah untuk kita itu adalah yang paling baik. Peluang menghalusi ciptaan Allah yang agung-manusia-sebagai pelajar perubatan ini sudah seharusnya disyukuri. Diredhai. Di mana posisi kita pada hari ini, di situlah kebaikan yang Allah inginkan buat kita. Seandainya kita menyerahkan diri kepadaNya.
Memang.
Memang kita selalu diuji pada pilihan-pilihan yang mendatang.
Dunia.
Harta.
Manusia.
Nama yang disebut-sebut.
Anak-pinak.
Semuanya seringkali menyelaputi hati.
Siapa yang berharap pada dunia, dia menjadi orang yang rugi. Sedangkan di sisi Allah itu ada dua; dunia dan akhirat.
Sudah sepatutnya kita bersyukur.
Sudah sepatutnya kita bersyukur.
Sudah sepatutnya…
Saya memulakan kembara sekali lagi, sendirian. Air mata kali ini tidak serupa air yang bercucuran di pipi ketika kali pertama meninggalkan mereka.
Air mata kali ini sangat-sangat berbeza puncanya, meski komposisi kimia dan keadaan fizikalnya kelihatan sama.
Bukan kerana cengeng tidak mahu hidup susah. Bukan kerana takut kerana tidak biasa berpisah. Bukan kerana gusar tidak mampu survive pada ombak mendatang dalam ribut yang menggila. Bukan juga kerana rindu pada limpahan harta dan kesenangan dunia.
Bukan. Bukan kerana itu semua.
Kerana takut tidak mampu memikul amanah. Kerana takut tidak terpilih. Kerana takut tidak mendapat kurnia. Takut tidak mampu. Takut itu. Takut ini.
Tenanglah air mata…
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”
(At-Taubah;24)
Saya mencium tangan ayah. With a kiss on the head, dia berpesan;
“Belajar. Jangan terlampau aktif.”
Jelas pesanannya, mungkin juga kerana mendengar banyak cerita malam itu. Panjang berbual dengannya, sambil membongkar banyak kisah yang baru saja saya terokai.
Yang mengenali saya sejak dari kecil. Kegiatan ko-kurikulum saya di masa lampau mencerminkan segalanya buat dia.
Saya tahu, dia tidak begitu gembira kerana saya tidak pulang dengan flying colours.
Aktif atau dalam kata lainnya berpersatuan itu memang kalau ditimbang secara rasional tidak banyak faedahnya.
Membuang masa.
Membuang tenaga.
Membazir wang ringgit.
Merugikan air mata.
Mengganggu fokus dan akademik juga.
Tetapi hidup ini bukan semuanya pada perkara-perkara yang boleh diukur atau yang berbentuk empirikal semata-mata. Apa yang tidak kelihatan itu tidak semestinya bermaksud ia tidak wujud.
Ada ilmu yang tidak mampu dicapai dengan akal logik sepenuhnya. Ilmu yang bernaung di hati, yang membawa manfaat kepada pemiliknya. Yang tidak mampu diukur dengan sijil juga ijazah semata-mata. Yang tidak boleh ditimbang dengan hafalan dan khutbah secara percuma.
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus…
Pulang ke Malaysia tempoh hari, cuaca politik memang cukup kacau. Memang sampai masanya untuk kebenaran memperlihatkan diri. Kalaulah Allah kehendaki, tidak Allah membantu mereka. Tetapi hakikatnya kita diuji satu sama lain.
Permainan dunia, saksikanlah dengan hati yang jernih.
Dan ramai pula selebriti-selebriti bukan Islam yang terkenal masuk Islam. Mengejutkan. Mengujakan.
Menangis.
Barangkali mereka itu sudah jauh meninggalkan kita dan mendekati Allah, yang sedari lahir ini Islam pula. Entahlah…
Kalau kita tidak cukup tenang ketika dilanda gelombang, kita akan mudah tergelincir. Kalau kita tidak cukup ikhlas menelitinya, kita tidak akan dapat melihat apa yang sepatutnya dapat dilihat.
Sabar.
Bukankah kita mengharapkan bantuan Allah untuk berdepan dengan orang-orang kafir?
Kafir?
Ya, orang kafir.
Huh, tuduhan yang berat.
Saya terkesima saat pertama kali mendengarnya. Begitu juga apabila ditanyakan pendapat tentangnya.
Bartafakur lama. Sangat lama sebenarnya.
Menarik nafas panjang.
Kemudian dalam tenang saya temukan dalil-dalilnya.
Lengkap dan sempurna.
Astaghfirullah al-azim.
Ini bukan soal label-melabel dan tuduh-menuduh. Ini bukan soal kepentingan peribadi atau motif-motif tertentu.
Ini soal hakikat manusia itu terhadap Tuhannya.
Hakikat!
Tentang manusia kafir yang memang menunjukkan kekafirannya. Mudah dikenal dan menjadi musuh yang nyata.
Tentang manusia yang tunduk menyerah dan tidak menentang. Bukan Mukmin; Muslim namanya.
Tentang manusia-manusia yang kelihatan menyerah, tunduk dan patuh pada ayat Allah. Tetapi di belakang merancang menjahanamkan agama Allah. Bertengkar melampaui batas, berjanji ia mungkiri. Diberi amanah ia khianat. Bercakap ia dusta.
Siapa yang kafir selepas itu, mereka itulah orang-orang yang fasik.
Dan yang kelihatan menyerah. Sedang dia merancang menghancurkan agama Allah. Hatinya ingkar pada ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Menjual agama untuk dunia yang sedikit saja keuntungannya. Sama ada diberi peringatan ataupun tidak, ia tetap ingkar tidak mahu beriman.
Kafir yang tersembunyi. Kafir tanpa sedar. Lebih bahaya daripada api dalam sekam.
Orang-orang yang kafir dan orang yang menghalang orang lain di jalan Allah, sia-sialah segala amalan mereka. Sedang yang kafir itu adalah orang-orang yang zalim.
Akhirnya menuju satu jalan yang sama juga; iaitu kekafiran. Melainkan datang ketentuan Allah yang lain daripada itu.
Bukalah kitab Allah itu. Cermati dengan hati. Akan tersingkaplah hakikat manusia-manusia ini.
Perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah, dan agama itu semuanya untuk Dia!
Merangkak kepada fasa seterusnya, masih banyak yang belum dipelajari. Masih banyak yang sedia menanti.
Banyak benda yang tidak akan mampu difahami melalui teori semata-mata. Banyak benda yang sudah dijanjikan sebagai manhaj tarbiyyah Ilahi untuk memenangkan agamaNya. Banyak benda yang tidak akan dapat melainkan sesudah keringat dan darah itu diperah.
Berani berubah, kerana Islam sahaja yang mampu memimpin perubahan.
Mukmin itu adalah mereka yang tidak jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Maka telitilah, belajarlah, dan sabarlah.
Bersedia dihukum andai tersalah. Bersedia didenda andai terlupa. Begitu prinsipnya andai berjanji taat pada Allah dan RasulNya.
Begitulah…
Tidak sabar, tergelincir.
Tidak ikhlas, tercicir.
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia sangat-sangat menerima taubat”
(Al-Nasr;1-3)
Semoga apabila sampainya janji Tuhan itu, saya dan anda adalah antara mereka yang diberi kurnia untuk menumpahkan darah dan keringat ke arahnya.
Kalau bukan kita yang penuh cacat-cela ini saling tampung-menampung, siapa lagi yang diharapkan berbuat demikian? Bukankah orang-orang beriman itu saling tolong-menolong menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kejahatan?
Kebenaran itu sudah cukup sempurna, tetapi manusia tidak pernah akan sempurna. Maka terimalah seadanya…
Peliharalah penjuru masing-masing pula.
Masih ada sedikit masa yang berbaki, untuk hijrah dan memungut sisa-sisa manhaj tarbiyyah Ilahi. Jiwa yang lama itu sudah datang, setelah lama menanti saat-saat diseru kembali.
Hidup sekali, biar bererti.
Selamat datang separuh masa kedua!





1 comments:
dlm pjlanan mnggapai cita2 pstinya soaln serupa ini akn muncul..
"kenapa aku di sini??"
dan jwpannya ada d dlam hti cuma belum dtemui
kau antara kwn yg sllu mmberi ku smgt..jrg bputus asa dan tkkan pnah mngaku klh pd ombakan dunia...cita2 mu terlalu jauh untuk dikejar tp jgn pnah berhenti berlari krna suatu saat kau psti mnggapainya..
kdg aku sndri tfikir...andai 1 hri aku mngalah pd ujian dnia dan mnggalkan sgl yg mnjdi impian ku slma ini...mmpukah aku bdepan dgn mreka yg tlh byk berkorban utk ku..jwpnnya..TIDAK..aku tdk mgkin mmpu menatap dua wjh itu..
dan sbb itu aq msih mhu truskan pjlnan ini wlau byk kcederaan hti aku almi..aku pya shbat yg sntiasa d smping membina semngat yg kian pudar..dan kau pun hrus igt itu..kau pya shbt yg akn sllu ada utk mu...sma2 kita truskan pjuangan tuk mncpai cita2 kita..insyaAllah..Allah sntiasa bersama kita
Post a Comment