“Memang tough…,”
Itulah jawapan favourite saya kalau ditanyakan tentang keadaan menuntut ilmu di Mesir bumi barakah. Walaupun pengalaman hanya sekerat cuma namun kaki ini sudah terasa lesunya. Hanya kerana kita masih punya janji pada agama Allah dan risalah Rasul-Nya; maka kelesuan itu tidak sudi dibiarkan berpanjangan.
Musim sejuk bertandang lagi.
Tahun lalu, musim sejuk dihabiskan dengan menghadiri seminar anjuran PERUBATAN yang bertajuk Kelahiran dan Kematian. Diisi dengan mengadakan program untuk memenuhi taqwim dan meneruskan tradisi. Dipenuhi dengan mengejar masa menyiapkan artikel yang sudahpun terbit mengisi majalah I-MAN baru-baru ini (syukur Alhamdulillah). Sedang teman-teman yang lain sibuk melancong, dan ada juga yang memilih untuk ‘berhibernasi’ di rumah.
Cuti musim sejuk kali ini juga tidak kurang hebatnya, apabila saya sekadar berehat-rehat di Malaysia. Memuhasabah tempoh yang singkat dalam hidup, sedang masa yang berbaki juga sedikit.
Dan cuti musim sejuk mengingatkan saya pada satu peristiwa yang hampir berjaya saya lupakan.
Kalau-kalau saya mengenang lagi kejadian itu sambil bercerita dengan teman yang lain; setitik dua air mata itu masih berlumba mengalir juga.
“Ada kamu sudahkan, senanglah nanti;” adu saya sambil tangan mengesat air mata. Sudah tidak malu, kerana masa itu saya memang tidak sihat. Melihat wajah-wajah yang memberikan harapan pada diri ini tika di perantauan.
Wajah-wajah yang menjadi teman dalam susah dan senang. Wajah-wajah yang membuatkan hati yang berhias iman dijamah senang. Wajah-wajah yang kita ingin selalu berdamping dengannya.
Itulah wajah-wajah mereka yang berjanji taat setia pada Allah dan RasulNya. Yang diikat dengan perjanjian, maka saudara yang itulah lebih perlu diutamakan.
Makannya. Minumnya. Sihatnya. Sakitnya. Sukanya. Dukanya. Susahnya. Senangnya.
Kerana rasa itu bukan sesuatu yang dibuat-buat. Rasa yang lahir dari untaian iman untuk berkongsi manisnya berkorban di jalan Tuhan.
“Stress sangat ke kat sana dik?”
Doktor bertudung labuh itu bertanya saya, sambil tangannya menulis sesuatu di atas kertas. Beliau adalah doktor yang keempat selepas beberapa orang doktor yang sudah ditemui, tidak termasuk pengamal perubatan yang bergelar ustaz atau ustazah.
“Hurm…begitulah lebih kurang,” jawab saya berbasa-basi. Akal saya menafikan tekanan yang timbul, sedangkan tubuh dan emosi saya sebenarnya sedikit terganggu dengan stimulus yang mendatang.
Saya membaca diagnosis yang terpampang di atas kertas A4 itu.
The disease comes with obvious stressor in response to a trauma or major stress as a reaction to a very disturbing event.
Saya masih berkira-kira untuk bersetuju dengan diagnosis yang diberi, memandangkan ia sedikit bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh pengamal perubatan alternatif yang ada.
Sungguh, perbezaan cara itu tetap ada. Akan tetapi kedudukan akidah dan pergantungan kita terhadap Allah adalah apa yang membezakan antara pengamal perubatan Muslim dengan yang selainnya.
“Awak doktor, mana boleh jatuh sakit!”
Kelakar apabila teringat akan seorang teman saya ‘diceramah’ percuma oleh seorang penduduk tempatan kerana jatuh sakit dan pergi ke klinik.
Maka apabila seorang doktor jatuh sakit orang akan mengata doktor itu tidak menjaga kesihatannya sebaliknya menjaga kesihatan orang lain.
Apabila seorang ustaz atau ustazah tersilap orang mengata mereka menasihati tetapi diri sendiri tidak seberapa.
Apabila yang mendengar sibuk memikirkan siapa yang berkata dan mencari-cari kelemahannya.
Hingga terkadang kita terlupa bahawa manusia itu memang semuanya lemah.
Maka sekali-sekala memandang insan lain dengan berbelas-kasihan dan memaafkan itu adalah petanda kepada hati yang cemerlang. Yang beransur mencari kesembuhan.
Tersenyum juga saya akhirnya.
Trauma yang mengundang kekalahan…
“Bila balik sini?”
“InsyaAllah dalam bulan ini juga…”
“Balik cepat, kami tak cukup tangan.”
"Bila balik sini? Rindu..."
Senyum lagi.
Hati berdoa untuk kembali setidak-tidaknya sebelum sambutan maulidur-Rasul; akan tetapi appointment dengan doktor pakar yang ada masih belum selesai.
Maka 'panggilan agung' yang menanti pada bulan Februari ini harus difikirkan berulang-kali.
Saya mesti tahu berehat.
Tahu berehat.
Tahu berehat.
Belajar menolak.
Belajar menolak.
Belajar menolak.
Teringat gurauan seorang senior yang katanya penasihat itu kerjanya PENAT dan SIHAT; sebab itu namanya penasihat.
Comel pula…^_^
Jangan pernah penat berjihad, kerana jalan panjang ini sebenarnya sangat singkat.
Jangan pernah jemu merebut pahala, kerana Yang Maha Pemurah itu tidak pernah jemu memberinya.
Jangan pernah kenal erti kalah, kerana Islam ditakdirkan untuk menang selamanya.
Kita tidak memimpin untuk mendapatkan pengaruh; dan kita juga tidak memimpin tanpa pengaruh. Hakikatnya kita memerlukan pengaruh untuk memimpin, yang tidak mungkin diperolehi seandainya kita berhajat pada dunia dan isinya. Pengaruh itu gunanya untuk menundukkan diri dan mereka yang mahu bertaqwa agar sama-sama ke jalan Allah.
Apalah perlunya kekuatan yang beratus-ratus itu, seandainya kita tidak pernah mahu bergantung pada Yang Maha Kuat?
Maka janganlah kamu berbantah-bantah yang menyebabkan kamu semakin lemah; padahal kamu sudah berjanji untuk taat setia pada Allah dan RasulNya. Kembalikanlah pada keduanya, supaya yang gelap kembali cerah. Yang susah beransur mudah. Yang duka berubah suka.
Andai kamu orang yang benar janjinya.
Tibalah musim sejuk ini sekali lagi, sedang saya sudah hampir berjaya memulihkan diri. Ketibaan bapa ke bumi anbia sedang saya sedang beransur pulih, cukup untuk merawat rindu di dada.
Mulanya beliau berhajat membawa saya ke Masjid Syeikh Soleh Al-Ja’fari; oleh kerana ada halangan maka Masjid Amru menjadi saksi akan kasihNya yang menemukan kami.
“Belajar; jangan terlalu aktif”
Perspektif saya berubah entah berapa ratus darjah semenjak dua ini; sehinggakan saya merasakan seolah-olah saya kehilangan sesuatu yang berharga. Yang selama ini membuatkan saya hidup dengan harapan.
Sama ada saya termakan pujukan bapa, atau sebenarnya saya belum jumpa ‘penawar’ yang sesuai untuk memulihkan sayap burung yang patah itu.
Doakan burung-burung itu terbang selamat sepanjang perjalanan, jauh lebih cemerlang daripada pesawat buatan manusia di angkasa!


1 comments:
Assalamualaikum Saudari,
Saya ingin bertanya, mengapa manusia diwajibkan bersolat?
Post a Comment