Hari ini hujan, syukur Alhamdulillah.
Maaf kerana jarang berkongsi info kebelakangan ini, kerana minda yang sarat dengan pelbagai fikiran yang bersimpang-siur barangkali.
Buku La Tahzan yang sudah lama dibeli saya dampingi. Waktu-waktu begini kiranya sangat sesuai untuk buku-buku motivasi, setelah menderitai avolition pada masa-masa yang lalu.
Hujan dan perasaan sedih memang sinonim buat saya. Tapi kali ini hujan menjadi rahmat lagi. Panas yang keterlaluan dirawatnya. Pencemaran udara yang sudah terlalu biasa dibasuhnya.
Berterima kasihlah kepada Dia yang menurunkan hujan.
Bagaimanapun, pihak kami memutuskan supaya puan menangguh pengajian sehingga benar-benar pulih atau menyambung pengajian di dalam negara (Malaysia).
Bait-bait perkataan yang berbunyi pilihan. Keputusan yang saya pilih muktamad.
Mesir!
Meskipun Malaysia punya kelebihannya yang tersendiri, begitu juga Mesir memiliki jutaan sebab untuk dijadikan medan menuntut ilmu. Kerana cintanya saya pada bumi anbia itulah saya memilihnya tanpa berdolak-dalih.
Saya berusaha meyakinkan diri bahawa perancangan Pencipta terselit jutaan hikmah. Sama ada saya menjadi junior, atau mendiami tempat baru dan universiti baru; semuanya masih dalam perancangan dan ketentuanNya.
Sedang Dia tidak pernah menzalimi hambaNya walau sebesar debu.
Alhamdulillah. Biarlah apa yang berlaku di hadapan kelak mendidik diri ini agar benar-benar menjiwai rasa hamba kepadaNya. InsyaAllah.
“Eh, buku awak ada dengan kitalah…,” usul saya kepada seorang teman yang memasukkan buku rujukan Ear, Nose and Throatnya ke dalam beg saya sewaktu di lapangan terbang tanpa saya sedari. Pada saya dia mengenepikan kepentingan dirinya dan berharap agar saya dapat mengulangkaji sewaktu berada di tanah air kelak; sedangkan dia sendiri tidak punya buku untuk kegunaannya.
Ya Allah, mengalir air mata saya mengenangkan nilai ukhuwah yang itu. Apakah saya mampu melakukan hal yang sama jika berada di tempatnya?
Belum tentu.
Terima kasih sahabat seagamaku.
“Bertakung juga masa kamu cakap begitu…,” balas sahabat yang dikenali sewaktu usia cecah 18 tahun lagi.
Bertakung itu tiada lain maksudnya selain daripada air mata. Kenyataan yang kami bakal berpisah rupanya membongkar nilai ukhuwah yang tersimpul di dalam dada.
Di saat-saat ujian melanda itulah datang si dia yang tekun menjaga makan minum dan pakai kita. Sabar melayan karenah dan permintaan kita.
Mahalnya nilai ukhuwah itu, akhirnya tercorak di kala ujian melanda.
Ujian itu bukan pintaku!
Saya diculik rasa terharu yang amat.
Terima kasih sahabat seagamaku. Jasa dan budimu, moga Allah menggantikannya dengan kasih-sayangNya jua insyaAllah.
Hujan lagi kali ini, tetapi saya tidak mahu menemaninya dengan tangisan. Biarlah kali ini temannya adalah senyuman. Sebagaimana hujan itu pasti berteman mentari di akhirnya; begitu jualah hiba itu akan didampingi suka pada penghujungnya. Senyum pada hari-hari depan yang penuh harapan. Kerana perjuangan bakal diteruskan demi agama dan fikrah yang diyakini kelurusan jalannya.
Dan kerana meningkat dari martabat yang rendah ke satu tingkat yang Dia lebih mengetahuinya.
Believe there will be light at the end of the tunnel.
P/S: Terima kasih buat Lina, Syaima, Sheila, Izan, Hana dan ahli bait yang lain. Salam sayang dan rindu buat semua juga. ^_^


6 comments:
asslamualaikum..aq smkin dhmpit ptyaan ttg prob ko yg sbnar..nmpknya Mesir msih xmmpu mngubah shbat yg xska bkongsi probnya ini...
Bru2 ni jmpa ckgu Risminih kat fb..dia tya psl ko n smpt utus salam rindu ktanya
klu ko ada fb add la kmi suma ya..
jga diri baik2
kak chaq. i miss u.
:)
"ujian itu bukan pintamu"
tapi ia bertamu bersama hikmah menjengah pejuang2Nya yg berlainan tingkatan iman..
sabar dan redha itu perlu demi merungkai hikmah 'tetamu' yg memimpin tgnmu menaiki tangga iman itu..
Chaq..ko buat aku terrr'nangis' lagi..Sayang chaq..sangat2..
Chaq..ko buat aku terrr'nangis' lagi..Sayang chaq..sangat2..
"andai itu adalah takdir kita.. pastinya sukar kita untuk lari.lari jauh mahupun lari anak itula hakikatnya kita tidak mahu dan tidak mahu..tapi ia tetap datang..smuanya ada hikmah.tidak dpt sekrg pastinya akn datang... Allah snts bersama kita..smg Allah melindungi dirimu.."
atoi...atoi..chaq sedih aku..aku pun "hujan" dsini...moga dberikan kesihatan yg baik..amin
Post a Comment