Aug 8, 2010 By: Nafsah Dulajis

Bagaikan Oasis...

“Orang Sabah tiada?”

Mak bertanya, sambil mata kami tertancap ke arah televisyen 29 inci yang berada di ruang tamu.

“Ada…”

Saya menjawab cepat, penuh semangat.

“Akademi Fantasia!”

Saya menyambung lagi. Diikuti tawa kecil. Mendengus Mak mendengar jawapan saya, seolah-olah saya dikenakan kad kuning malam itu.

Walaupun saya dan adik bertekad menyokong Hizbur sejak dari minggu pertama, kami akur juga pada ketentuan juri bahawa Asyraf lebih layak menjadi juara Imam Muda. Berpuas hati kerana Hizbur (keluaran Mesir) berjaya memasuki peringkat akhir, saya juga terpegun dengan jawapan bernas yang diberikan Asyraf pada minggu akhir pertandingan, sebelum dinobatkan sebagai juara.

Demam Imam Muda sudah tamat, dengan liputan meluas media termasuk media antarabangsa. Satu langkah baru yang sememangnya patut dipuji dan disokong, kerana hiburan yang sihat itu mampu mendidik masyarakat agar lebih bijak memilih.



Alhamdulillah.

Peperiksaan baru sahaja tamat, dengan kertas Human Rights sebagai penyudah. Menunggu keputusan peperiksaan dalam masa terdekat, moga semuanya dipermudahkan Allah. Dan cuti musim panas dipanjangkan mengingkari jadual, menjadikan cuti yang disangkakan cuma sebulan lebih beranak-pinak.

Kegembiraan selepas peperiksaan bertambah-tambah, apabila kami dihadiahkan dengan bangunan baru bagi anak-anak Sabah yang menuntut ilmu di bumi barakah ini. Usai menghadiri majlis perasmian, diri tiba-tiba tersedar akan tanggungjawab yang kian bertambah dan tidak akan luput melainkan setelah diambil jiwa.

Bagi mahasiswa yang menuntut di luar negara, pastinya budaya bangsa lain menjadi hadiah untuk diperhatikan dan ditimbang baik buruknya. Pulanglah ke tanah air sebagai Oasis yang menghilangkan dahaga sang pengembara di padang pasir yang terik, dengan curahan ilmu dan nilai diri sebagai balasannya.

InsyaAllah…

The First Batch-with Effa’s parents (right after Human Rights)


Walaupun dipujuk oleh beberapa ‘anasir luar’ agar turut serta pulang ke Malaysia (saya sorang saja dari batch saya yang tidak pulang) dan saya hampir-hampir menuruti cadangan itu, akhirnya keputusan muktamad dibuat juga.

Jangan. Manfaatkan masa cuti di sini, insyaAllah.

Coretan kali ini sampai di sini dahulu. InsyaAllah akan diperpanjangkan pada artikel akan datang. Suka saya untuk berkongsi kata-kata Imam Muda Asyraf untuk direnungkan, khas buat agamawan yang menyedari tanggungjawab menyebarkan agama Tuhan.

“Sudah sampai masanya kita orang agama kena keluar (dari masjid) mencari bukan menunggu lagi”

Do consider those words, will you?


1 comments:

oppa said...

saya sokong hizbur~ hehe