Salam hambatan kesibukan.
Selesai Pilihanraya PERUBATAN peringkat pusat, pilihanraya bagi cawangan pula menyusul. InsyaAllah 28 Disember ini dijangkakan pilihanraya akan berlangsung bagi Perubatan Cawangan Zaqaziq.
Memasuki tahun kelima berada di sini dan bernaung di bawah persatuan non-partisan dengan tujuan kebajikan, PERUBATAN akhirnya membuatkan saya menuturkan satu ayat lambang terkejut. Kagum juga.
"Wah, banyak benda sudah berubah"
Terlalu banyak kepesatan perubahan dalam pentadbiran pusat dan juga cawangan. Ayat mudahnya dua tiga tahun yang lepas bukan seperti hari ini. Sudah pasti, kepesatan pembangunan lahiriah di samping pertambahan bilangan ahli ini menuntut satu perkara daripada kita yang bergelar mahasiswa.
KEMATANGAN!
Suasana pilihanraya sepatutnya diisi dengan persaingan yang sihat dan menunjukkan peribadi Mukmin yang berilmu.
Dan saya juga punya calon pilihan jiwa!
Mudah-mudahan berkat gandingan pengalaman senior (Dr. Farhuda Zulaikha) dan energi (dengan izin Yang Dipertua ^_^) dari generasi junior (Dr. Bukhari Muslim-Dr. Bee); sinergi antara keduanya merancakkan lagi misi membina Doktor Muslim bagi komuniti pelajar Sains Kesihatan di bumi Zaqaziq. InsyaAllah.
Undi saya bukan rahsia.
Dr. Bukhari Muslim untuk misi Profesional Muslim dan memperteguh kesatuan dalam kalangan ahli PCZ.
Kita PCZ. Sematkan di jiwa!

Takziah diucapkan buat sahabat seperjuangan atas jawatan yang dipikul menjadi bebanan. Moga amanah kali ini dapat dimaksimumkan manfaatnya untuk memacu nahkoda kepimpinan PCZ dengan lebih jayanya.
Kekurangan semalam jadikan ukuran. Kejayaan hari esok jadikan simbol kesyukuran.

Fleksibiliti yang dibahaskan lumat pada pertandingan Debat Ala Parlimen Fiesta PCZ yang lepas harapnya bukanlah umpama mimpi di siang hari. Mahasiswa fleksibel sebagai calon pemimpin masa hadapan yang kita nantikan bermula pada medan sekecil ini.
Dan calon-calon pilihan saya ini adalah di antaranya, insyaAllah.Marilah turun mengundi Dr. Bukhari dan Dr. Farhuda untuk perjuangan PCZ yang lebih terarah!