“Baik. Akak nak setiap seorang bagi pendapat dia tentang kelemahan, kekuatan dan cadangan terhadap SC kita”
Humidifier galak menjalankan tanggungjawabnya memanaskan setiap inci ruangan bilik, sedang saya sudah hampir sembuh dari kesakitan untuk melepaskan mereka pergi.
Saya sebolehnya tidak mahu berbicara panjang pada petang itu. Namun apakan daya, perubahan demi kemajuan memerlukan pertukaran pandangan dan keberanian menerima teguran. Begitu prinsip yang menjalar teguh di dalam diri.
“Kekuatan, sebab naqibah. Kita tengok semua ahli SC datang dan bagi komitmen”
Komen Hanisah yang hidupnya pasti bertukar 180 darjah selepas ini mengundang senyum panjang ke telinga.
“Apa pulak, bukan naqibahlah. Itu komitmen korang, sebab korang cukup baguslah baru kehadiran boleh penuh,” saya memintas tegas. Sungguh, hakikatnya mereka benar-benar sukakan ilmu dan tarbiyyah. Sanggup belajar dan mengajar.
Kumpulan-kumpulan yang saya kemudi sebelum ini tidak lepas daripada masalah kehadiran. Tetapi tidak bagi Zinnirah. Itu antara sebab yang membuatkan hati terasa tidak mahu melepaskan pergi.
“Kelemahan, sebab kita course tak sama. So kadang-kadang pertindihan masa berlaku, tu yang tak dapat datang. Yelah korang Perubatan, kitorang Farmasi. Kitorang kan minor”
Khaulah pula mengutarakan hujahnya. Di awal tadi dia hampir menangis, masih tidak begitu senang dengan keputusan membubarkan SC Zinnirah yang baru saya kemudi lebih kurang tiga bulan lepas.
“Takde, bukan soal minor atau major. Ini soal management, kalau kita manage dengan baik insyaAllah tak masalah sangat.”
Senyum.
Adikku, Perubatan atau Farmasi bukan titik punca. PERUBATAN milik semua, dan kayu ukur seperti sediakala tetaplah taqwa.
“So masa yang korang prefer untuk SC bila ek?” Saya bertanya lanjut. Tidak ada masalah yang tidak punya penyelesaian, dan amatlah besar manfaatnya pandangan mereka didengari untuk aplikasi di masa akan datang atau bagi nuqaba’ lain pastinya.
Khamis, malam Jumaat.
Perlu untuk setiap naqib memuhasabah perjalanan usrah paling kurang sebulan sekali. Dengarlah pendapat dan kemahuan anak usrah, dan berusahalah menyesuaikan kemahuan dengan keperluan semasa.
Beri peluang yang cukup untuk mereka bercakap dan meluah. Jangan sesi usrah seolah-olah sehala; laksana naqib menumpahkan segala isi kepala dan ilmu yang ‘sarat’ di dada.
Dan ketika sesi perbincangan kesemua mereka bersetuju bahawa silibus Asas-Asas Islam karya Al-Maududi tidak berat dan mudah dicerna. Walaupun saya sendiri mengakui karya tersebut sememangnya agak berat dan memerlukan kefahaman juga penelitian sebelum meniti di bibir menjadi perbualan.
It’s not all about reading, it’s about understanding and presenting right?
Biarlah proses belajar dan mengajar itu digelar FUN dan bukannya BEBAN.
Tahniah kepada dua daripada ahli SC Zinnirah yang ‘ditabalkan’ menjadi naqibah baru hasil rombakan sistem Unit Pembangunan Insan sesi ini. Setiap kelebihan datang dengan tanggungjawab, dan setiap tanggungjawab pastilah akan dipersoalkan di hadapanNya.
Syukran atas kerjasama sepanjang sesi yang singkat ini, dan Zinnirah pastilah menjadi SC favorite saya atas prestasi kehadiran, fikrah, pengorbanan dan minat yang ditunjukkan.
Moga kerana sucinya kasih Zinnirah itulah, kita bakal dinaungi arasy-Nya di hari penuh kekacauan itu, insyaAllah.
P/S: Yang tak dapat datang tu, nanti claim semula laksa Penang ye ^_^
4 comments:
Wah bestnya dapat naqibah cm chaq..rindu usrah BKPSM.tp insyaAllah xlama g..coming soon~ =)
alhamdulillah..terharu baca post ni..
rindu pd sc zinnirah...walopon berat hati melepaskn,tp kmi yakin perpisahan ini bukn suatu yg sia2..moga ahli zinnirah mengekalkn prestassi cemerlang kalian walo dmana klian brada :-) rindu detik2 kita brsama...
salam wbt...akhirnya jmpa pon blog yg dicari2 ini. sngat2 trharu baca post nie. sdih pon ade. ilmu yg diberi akn ku sebarkan kpda yg lain, kfahaman yg kau beri akn ku gunakn sebaik mngkin. rndu dgn sc zinnirah....syukran k. chak, rndu pda sc dulu.....p/s (yg xdpt hadir pda wktu itu)
Alhamdulillah. Segala puji kembali kepada Allah sahaja ^_^
Erk, sila jgn claim laksa Penang tu ye. Xpired dah :P
Post a Comment