May 23, 2011 By: Nafsah Dulajis

Sebuah Janji



Terdamparnya hati,

Ke perairan dosa.

Berteman buih-buih,

Mendamba maghfirah.

Langkah kaki yang lemah,

Diteruskan menapak jua,

Sedang hati hanya berbekal cinta,

Yang dijaja ke sini ke sana.

Air mata jangan pernah silu,

Terus mengalir bila merindu.

Dialah Yang Memberi,

Di saat berada dan tidak.

Yang Mengasihani,

Di saat hina dan mulia.

Berada di sisi,

Dalam resah juga gelisah.

Kembara perjalanan,

Tersungkur kedukaan,

Jangan berdurja,

Engkau terlalu disayangi.

Biarlah calaran luka itu,

Dibawa angin berlalu pergi.

Dalam sunyi dinihari,

Kita nyanyikan lagu cinta,

Berteman tasbih menggegar semesta.

Duhai mentari usah meninggi,

Kerana kami bahagia begini.

Andai ditakdir bertemu nanti,

Wahai Kekasih peliharalah diri,

Hingga sampai detik abadi.



Dalam simpanan selama setahun, baru publish hari ini. Maaf jarang berkongsi kebelakangan ini, agak sibuk (kurang cekap mengurus masa sebenarnya) dan pelbagai kekangan lain membatasi.

Moga terus thabat saudara seperjuanganku!

2 comments:

iek@fz said...

awak..saya rndu kata2 awak..
rindu juga pmilik tubuh ini, tmpat duduk disebelah kosong tanpa pemiliknya..

Nafsah Dulajis said...

Touching arr...

Tu baru 2 hari x dtg klas. Saya up lagi kasi 3 hari.

Nanti dah sihat kita teruskan kerja2 yg blum selesai. huhu

^_^