Jul 21, 2011 By: Nafsah Dulajis

Sedikit masa lagi...



Sedikit masa lagi,

Engkau akan ku tinggalkan pergi.


Bertandang menghadap Ilahi,

Sedang tubuh berselendangkan dosa,

Mengharap lembayung kasih Al-Rahim,

Untuk berteduh singgah di usia pertengahan.


Bersama sehelai kain di badan,

Bertamu si fakir penuh segan.

Ya Rahman,

TIdak ingin aku menjadi si angkuh yang kurang sopan,

Pakaiannya hamba,

Tapi jiwanya laksana raja!

Dalam limpahan batang tubuh manusia,

Bukankah semua kelihatan sama sahaja?

Melainkan yang datang berbekalkan taqwa!


Oh Tuhan!

Sungguh tidak layak aku,

Bertamu di taman kemuliaan kekasihMu,

Namun rahmatMu mengatasi,

Sedang syukurku sedikit sekali.

Andai murkaMu mendahului,

Sabarku tentulah tipis pasti.

Tetapi Engkau berjanji mengampuni,

Maka sesekali tidak aku mengalah,

Untuk meminta dan merayu lagi.

Sewel kiranya aku,

Andai tidak mahu merebut tawaran maghfirahMu,

Dan jannah yang seluas langit dan bumi.


Moga menyala obor setia,

Teman mengemis kasih Sang Pencipta,

Biar hari-hari diisi kucupan rahmatMu,

Menghalau lalai yang sering beradu.

Hingga terbias jutaan sayangMu,

Andai begitu tentulah damai hati ini,

Bersemadi dalam pelukan cintaMu.


Sedikit masa lagi,

Engkau pasti ku tinggalkan pergi.


Thursday 21/07/2011

0836: Leaving to Cairo in a few minutes.

Bait Nadiah, Salam.

3 comments:

Darlina Ruslan said...

gud luk in ur final exam..:)

azean diyana said...

ka cha!!! pa khabar? tgah exam ka? bitaufiq wa najah ya.. hows ur umrah? rindu.. nd pa nda lma lgi kmi mo blik sna jga.. nt kmi lawat ka cha, sa bw si wiwin skali,,mst ka cha ridu dya..hii

Nafsah Dulajis said...

to Darlina Ruslan: thank you kak :)
to azean diyana: Alhamdulillah bikhair dik. final Oktober nnt, doakan kami ya ^_^ iya rindu ni...apalagi ngan org kuat Qawmiya. Jumpa nnt kita story2 k?